Sunday, August 30, 2009

KOsMetik???fikir- fikirkan laa sblum gna..




KEGHAIRAHAN sesetengah wanita untuk memiliki kulit cerah dengan cara cepat menggunakan ‘kosmetik murahan’ menenggelamkan nasihat pakar kecantikan dan kesihatan, walaupun bahaya mengenai bahan terlarang sudah acap kali dibincangkan.

ala perkara ni pom penah gak berlaku pd dr ak..biase laa as student yg sememangnyer xad brape duit tuk d spend pd benda2 ni...ak penah gak try produk X ni...harga die murah la gak tp kesan die cpt..mula2 pakai tu mmg truja sgt...siap g promot tuk 1 famlily..last2 ak terkezut giler bile ak dapat tau yg produk yg ak gn tu ad kandungan hidrokuinon n merkuri yg tinggi..MASYAALLAH...trus berhenti pakai n smpai laa skrang ak jd tkut nak pakai produk..

Keinginan menukar kulit wajah sebenarnya menunjukkan seseorang individu itu tidak yakin dengan diri sendiri. Jika anda menganggap kecantikan diukur pada warna kulit, bermakna tafsiran anda sangat sempit.

Kecantikan seseorang wanita tidak hanya terletak pada warna kulit atau tebalnya solekan di muka. Ukuran kecantikan sejagat membabitkan jati diri dan keperibadian mulia.

Bagaimanapun, bukan semua orang boleh menerima pendapat begini. Dalam satu kaji selidik oleh Synovate pada 2004, 61 peratus wanita dari lima negara iaitu Hong Kong, Malaysia, Filipina, Korea Selatan dan Taiwan berkata, mereka tampak lebih muda jika memiliki kulit cerah.

Kaji selidik berkenaan juga mendapati, 50 peratus wanita Filipina, 45 peratus wanita Hong Kong dan 41 peratus wanita Malaysia menggunakan produk pencerah wajah.

Kenapa warna kulit kita berbeza-beza? Warna kulit ditentukan oleh penghasilan melanin pada lapisan sel bawah kulit. Lebih banyak melanin dihasilkan, kulit akan menjadi lebih gelap.

Tuhan tidak akan mencipta sesuatu tanpa fungsi tertentu dan melanin adalah daya pertahanan semula jadi untuk kulit terhadap sinar ultra lembayung dalam cahaya matahari.

Tanpa melanin, kulit kita sebenarnya lemah dan perlu dilindungi daripada cahaya matahari bagi mengelak kemungkinan mendapat kanser kulit.

Malangnya, ramai tidak sedar hakikat ini dan ingin membuang bahan berkenaan supaya tampak lebih cantik.

Sebelum anda mencuba mana-mana produk kecantikan, terutama jenama yang tidak pernah didengar sebelum ini, satu perkara perlu diingat iaitu anda memperjudikan bahagian paling penting iaitu muka untuk menerima apa jua kesan sampingan produk berkenaan.

Jadi sebelum melumurkan sebarang krim, tanya pada diri, sanggupkah korang menjadikan muka sebagai tempat ujian yang tidak pasti lagi kesannya?

2 comments:

  1. Salam niaga..

    Berkongsi info melalui blog adalah satu daripada cabang perniagaan di internet. Kredibiliti anda akan bertambah jika anda menggunakan alamat sendiri (www.hanaramli.ws) berbanding alamat menumpang (www.hanaramli.blogspot.com).

    Tambahan, dengan menyewa domain name + web hosting dengan Global Domains International untuk hanya RM35/bulan.. anda mampu untuk berkongsi info seperti sekarang dan menjana pendapatan lumayan bersama GDI.. emm.. ;)

    Salemy Amat Shah
    http://website.ws/salemy82

    P/s : Contoh blog saya yang kini bukan lagi menumpang : www.salemy.ws

    ReplyDelete
  2. sy masih baru dalam dunia blogging ni...tq 4 ur infomation..=)

    ReplyDelete

HATI SEPUTIH AWAN

JIKA HATI SEPUTIH AWAN, JANGAN BIARKAN IA MENDUNG.

JIKA HATI SEJERNIH AIR, JANGAN BIARKAN IA KERUH.

JIKA HATI SEINDAH BULAN, HIASI IA DENGAN IMAN.