Monday, September 28, 2009

wanita....

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?" "Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?" Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya " "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh " "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya " "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu" "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." "Kau tahu;¿kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada." Kirimkan ini kepada setiap wanita yang anda kenal hari ini untuk memperingati Wanita. Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita! Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata. Selamilah hati wanita mu.. dan ingat lah... Setiap Wanita itu Cantik.

Monday, September 14, 2009

cinta terakhir by aiman...


Biodata :-

Nama Penuh : Mohamad Bin Md Sidek
Umur : 19 tahun
Tarikh Lahir : 14 Oktober 1989
Adik Beradik : 6 Orang ( Anak Sulung )
Hobi : Menyanyi lagu² nasyid dan bermain bolasepak
asal: ganu kiterr...

Pendidikan :-

1)Bersekolah di Sek Ren Keb Rantau Petronas semasa darjah 1 hingga darjah 2.
2)Bersekolah di Sek Ren Keb Tg Bariah dari darjah 2 hingga darjah 6
3)Meneruskan persekolahan di Sek Men Padang Midin dari Tingkatan 1 hingga 3
4)Meneruskan lagi persekolahan Di Sek Men Teknik K.Trg dari Tingkatan 4 hingga 5
5)Sekarang belajar di UNITEN cawangan Muadzam Shah,Pahang darul Makmur

Pencapaian :-

1)Menyertai Pertandingan Tilawah Al-Quran semasa sekolah rendah
2)Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat daerah Sekolah Menengah (naib johan)
3)Johan pertandingan azan peringkat sekolah (SMK Teknik)
4)Penyanyi utama kumpulan nasyid sekolah(2005-2006)




Cinta Terakhir


Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita…

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia…

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir…

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan….

Lagu/lirik: Hafiz Hamidun

Saturday, September 12, 2009

islam..

Everything happens for a reason.

Nothing happens by chance or by means of good or bad luck.

Illness, of injury, love, lost moments of true greatness and sheer stupidly all occur to test the limits of your soul, without these small tests, if they be events, illness or relationships, life would be like smoothly paved ,straight,flat,road to now where.

If some one hurts you, betrays you or breaks your heart, forgive them, for they have helped you learn about trust and the importance of being cautious to who you open your heart to.

If someone loves you, love them back unconditionally, not only because they love you, but because they are teaching you to love and opening your heart and eyes to things you would have never seen or felt without them.

Make everyday count, appreciate every moment and take from it everything that you possibly can, for you may never be able to experience it.

Talk to people you have never talked to before and actually listen. Hold your head up because you have every right to tell yourself you are a great individual and believe in yourself, no one else will believe in you either.

You can make of your life any thing you wish, create your own life and then go out and live it.

None Can Stop You From Living YOur Dream
Just Pray To Allah And Everything Will Turn Easy

May We All Meet In Jannah Inshallah

Friday, September 11, 2009

kerana aku terlalu mencintaimu..



Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya. Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut. Demi Tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya.

Saya telah menolak awak. Tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak. Awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan awak berjanji, saya bukan salah seekor dari kupu-kupu perhiasan di dinding kamar awak.

Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Semakin mengenali awak, saya tak dapat lagi membohongi perasaan saya, bahawa saya menyayangi awak. Bersama masa, perasaan sayang ini menjadi dewasa. Dewasa menjadi cinta.

Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam, dalam lautan kasih sayang, seribu impian. Dan saya mula terfikir. Saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak. Rupanya awak ada di sisi saya selama ini. Dan baru saya sedari, tika dan saat itu.

Bagai merpati putih, cinta saya berkelana, mencari singgahsana di hati awak, untuk bertakhta. Dan telah nyata, saya tak temui, noktah cinta itu…

Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tak mampu saya selam. Di sana, saya tak mampu melihat cahaya. Awak beri saya harapan yang sangat besar. Dan akhirnya, awak juga yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam….




Awak…

Awak mungkin jenis lelaki yang boleh mencintai ramai perempuan berkali-kali. Tapi saya pula seorang perempuan yang percaya, bahawa dalam hidup saya, saya hanya akan ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkahwinan…

Kita hidup sekali, mati sekali, dan mencintai sekali…

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap bahawa saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan pernah menganggap.

Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biar pun pada ketika awak berada di sisi saya… Setiap saat, saya mengingati awak… Seumur hidup ini, saya mencintai awak…

Awak…

Sebelum saya menghilang dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya…

‘Kalau suatu hari, awak kehilangan sepasang mata, saya akan memberi sepasang mata saya, agar awak dapat melihat semula. Meski pun untuk itu, saya harus buta buat selama-lamanya…

‘Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meski pun untuk itu, saya harus bisu buat selama-lamanya…

‘Dan kalau suatu hari, awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya, agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya. Meski pun untuk itu, saya tiada lagi di dunia ini…’

Semuanya untuk awak. Tapi sayang, awak tak pernah tahu….

Seseorang pernah berkata - ‘If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place…’

Awak…

Dengarlah… Saya mencintai awak. Terlalu mencintai awak… Dan kerana saya mencintai awaklah, saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak… Saya berdoa, supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti, awak akan memahami, apa erti cinta yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya, terlalu mencintai seseorang…

Dan semoga awak tak akan pernah terlewat untuk menghargainya…

Awak…

Saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita. Saya tahu, ada hikmah di sebalik semua ini. Dan saya tak akan menyoal. Saya juga tak pernah kesal. Sekurang-kurangnya, sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali semula pada saya. Itu bukanlah harapan saya. Tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan. Dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik.

Di mana pun awak berada, awak tetap bertakhta di hati saya. Dan di mana pun saya berada, saya akan tetap mencintai awak.

Awak…

Maut sekali pun, tidak akan pernah mampu membunuh rasa cinta saya pada awak…

The Absolute



No mind, no form, I only exist;
Now ceased all will and thought;
The final end of Nature's dance,
I am it whom I have sought.

A realm of Bliss bare, ultimate;
Beyond both knower and known;
A rest immense I enjoy at last;
I face the One alone.

I have crossed the secret ways of life,
I have become the Goal.
The Truth immutable is revealed;
I am the way, the God-Soul.

My spirit aware of all the heights,
I am mute in the core of the Sun.
I barter nothing with time and deeds;
My cosmic play is done.

Monday, September 7, 2009

khasiat dari tumbuhan~~~~



hmmm...
nk wat pe ek mlm ni...plan ak mlm ni ingat nak wat keje tse ckit n nk smbung wat tesis fibonacci ak tu..tp xtau laa jalan x plan ak ni...
skrang ni ngah layan lagu in-team...kasihku abadi...
xtau nape...ak ska sgt lagu ni...
lirik die penuh makne n menusuk trus ke sanubari ak ni..(cewahhh)
tp btol laaa...lagu nasyid ni best sbnarnya...
lg best dr lagu indon yg menjadi kegilaan ak suatu ms dlu
(tp skrang ak still lg lyn lagu2 indon)
ehhehe...
ni kat bawah ni ak nk kongsi ckit petua yg ak tau....
asalnyer dr nenek ak..
tp ak ni bkn laa rajin sgt apply...hihih
haaaa....
tp kan...ak ska sgt bunga melur...
dlu ms kecik2 ak ngan adk pompuan ak sk sgt kutip bunga melur tu then tabur atas katil...
wangi...
wat ala ala putri tdo atas bunga2...
n penah gak..
ak wat keje giler ngan adik ak
g kumpol byk2 bunga then mandi bunga...hahha
abis bersepah bilik air tu ngan bunga2..
jgn xcaya...
bunga taik ayam pom ktrang sapu...
hihi...
petua kat bawah ni korang leh je nak apply...xmemudaratkan lgsg coz tumbuhan ni byk khasiatnye..mmg xleh d sangkal lgsg..sbb tu org dlu2 sume lawa n cun melecun lg walaupom umo daa sparuh abad...awek mudaa ktakan sbb diorang sk mkn ulam......so start ari ni....jom kt mkn ulamm...ye haaaaaaaa~~~~~~~~~~~


Daun senduduk
boleh digunakan untuk menghilangkan parut.
Caranya
mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air. dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan
mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.

Daun ati-ati
boleh digunakan sebagai penawar lelah.
Caranya,
ambil beberapa helai
daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta di tumbuk lumat. Sapu daun yang telah lumat tadi
pada dada sehingga paras pusat. Hasilnya akan diperolehi setelah diam beberapa kali.

Bunga melur
juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit mata.
Caranya,
ambil beberapa kuntum bunga melur. Rendam seketika didalam air, kemudian ambil air tadi dan disapu pada mata dengan menggunakan tuala lembut. Rasa sejuk air ini akan
melegakan rasa tidak selesa pada mata.


Friday, September 4, 2009

si CutE & Si GeDaBab

salam sume...
pe cite korang arini..
ok da 2 ari ak xupdate blog ak ni..
bkan xnak update...
tp bz ckit skrang..
ok2..
tuk entry kali ni..
ak nak st0ry pasal pengalaman ak, has n emon smalam..
citenyer bermula..............

kol 1045 a.m

ak n has bersama2 my baby ak tu g umah member
tuk pinjam baby ijau die..
waa...debor gak mula2 nak bwa baby die tu..
maklum laa...harta org ni kn jg lebih dr harta sndiri..
n kalo jd pape2 ak yg kn tanggungjawab..
that my prinsip!
haaa..
ktorang panggil baby ijau die tu si cute coz ad cite d sebalik nm tu...
nak tau nape??
sabar ek...


lam kol 1057 am..

ak n has da sampai depan2 umah emon..
then kami bergerak laa ke stesen minyak..
kasi minyak penuh2..
maklum laaa
destinasi kami ni agak jauh laaa...
ambil ms 2 jam..
sbnarnya tujuan g sn sbb nak tgk keadaan skolah yg bakal ak n has berpraktikum..
nak tau nm skolah tu?
jgn pandang sbelah mata ek...
bkan calang2 skolah tau..
SEKOLAH AGAMA MENENGAH PARIT BHARU
yg terletaknye kat sg air tawar
daerah sabak bernam..
wow...
dgr nm pom takut...


ni laa pagar depan SAM Parit Bharu..


lam kol 1115 am..

dengan berhemahnyer ak drive si cute tu menuju ke destinasi..
berbantukan geng2 gps (has n emon) n merangkap sbg polis jpj..
perjalanan bertambah lancar..
ak yg di kawal oleh 2 org jpj tu ..
terpaksa membawa si cute dgn kelajuan yg sgt2 optimal..
pantang meter naik 100 km sejam..
trus siren jpj berbunyi..
'ana...slow2 skit...'
tu laa ayat diorang..
haha..

geng GPS aka polis jpj yg control pemanduanku
has..emon..
hehe



lam kol 1230 pm

hampir sejam lebih ak drive si cute..
alhamdulillah xde masalah..
tp yg jd mslahnyer..
perjalanan ak makin mencabar..
jalan yg ak lalu tu truk giler...
mcm jalan nak g cameron..
berbukit + jalan berlubang + xrata + byk slekoh tajam..
da laa byk lori2 yg besar gedabab ..
bwa laju2 lak tu..
siap main potong2 si cute lgi..
bayangkan bila kancil d samping lori besar..
nampak cute je kan kancil tu..
hehe
tensen giler ak layan jalan nk pi sn..
tgh ak duk fokus kat depan..
ak terpandang laa cermin blakang..
sian tol tgk polis jpj ak tu..
muka da merah mcm udang kn bakar je..
siap ad bunyi uwekkkk...
sian emon..
da mabuk die d sbbkan jalan tu..
adoi..
risau tol ak tgk die....
then
ak tgk plak kdaan jpj tpi ak ni..
nape laa dr td diam je..
x seaktif time mula2 naik si cute..
muke has pom daa lain mcm da ak tgk..
berkerut je..
mabuk jgk laa tu..
papepom ak terharu sgt ngan jpj ak ni..
walaupom diorang mabuk + pening..
still gak teman ak drive..
thanks has..thanks emon..





lam kol 1.00 pm

ktrang tersgt laa kagum ngan pemandangan swah padi yg tersangat2 la lawa..
ape lg..
ak trus stop kan si cute kat tpi jalan..
n sesi fotogaraphy pom berlangsung laa kejap..
mcm2 aksi ktrang wat..
buang tabiat tol...
da laa mtari terik atas kpala..
berlari2 mcm bdk xpose..
haha...
biaser laa..
terlampau excited tgk ciptaan ALLAH yg sgt mengagumkan tu..
nak tau ker nm tempat tu??
tg karang aka tmpat pergambaran citer NUR KASIH..
korang penah smpai ker??
jgn jelous..
kami da sampai kat sna..
tp sedeh ckit laa
xjupe lak ngan NUR AMINA n ADAM kat sn..









lam kol 1.25 pm

kami da smpai ke destinasi yg dituju...
waaa penat giler badan ak..
da la kering tekak..
nsib baik ak pose..
kalu x...
da 2 gelen daa air tebu ak telan..
hmm smpai je kat skolah tu..
ak, has n emon pegi laa beramah mesra dgn mak guard skolah tu..
best sgt..
peramah n baik ati tol acik sarimah ni..
siap pelawa ktrang tinggal ngan die lg time kami praktikel nati..
alhamdulillah...
skolah yg bakal ak berpraktikum tu tersgt2 laa best..
skolah kecik je..
ad 3 bangunan je..
student lak lam 300 org je..
sume pakai tudung labuh n bersongkok...
nm daa skolah agama..
mesti laa tu imej diorang...
xpasal2 ak jd malu sndiri...
adoi..
spptnya ak dtg sn ngan berbaju kurung...
br laa sopan ckit nk msk kawasan tu..


snap jap before meninggalkan SAM Parit Baru..
ak..si cute..has..


lam kol 2.25 p.m

kami bertolak pulang..
perjalanan yg mencabar terpaksa ak tempuh lg..
adoi laa...
emon kat blakang da tdo kepenatan..
sian die..
xpsal2 kn temankan ktrang g sn..
has plak setia temani ak di sisi..
walaupun muke die daa lain mcm je..
(mabuk wat kali ke2)
hehe..


lam kol 430 pm..

smpai kat tg malim daa...
pi kat taman sri indah jap..
lepak2 n smayang jamak kat umah emon..

lam kol 5.15 pm..
tiba d umah sewa ku..
waaa penat giler...
da terketar daa lutut ak..
penat + dahaga + lenguh
sblom naik umah..
ak pastikan si cute lam keadaan sihat walafiat...
alhamdulillah..
semua ok..
dan berakhirlaa perjalanan ku smalam....
wassalam..




p/s: jutaan n bilionan trima kasih kat pemilik si cute coz bg pinjam si cute tu tuk kami...jasamu d kenang smpai bila2...





Wednesday, September 2, 2009

soping..soping kat pkan tg malim

salam ramadhan sume...
entry ari ni ak juz nak bgtau yg skrang ni ak br je smpai umah..
td pas klas kimia industri..
ak ngan rumet g soping2 barang stok makanan tuk msak..
pe kejadah laa g soping time matahari terpacak atas kepala..
mmg buat tabiat btol la kamu ni hana..
ni ak nak story ckit...
geram giler ak td ngan sorang student yg blagak mcm 'mak datin' ni
sabar je laa hana oi..
tau laa kaya...berduit..pakai kete besor...
xsilap ak Honda City kot..
tp berhemah aa ckit kat jalan raya ni..
ak pom bayar gak roadtax..
kongsi2 aa jalan raya sm2..
jgn aa ikot ska ati je nak paking keta
smpai ak lak terpaksa cr jalan sempit nk kuarkan 'my red baby' ak ni..
n mak datin ni plak wat bodo je tgk ak..
mcm xbersalah..
adoi laa...manusia oo manusia...

ok2 forget about that..
ni nak cite pasal menu berbuka ari ni lak..hehe
syok gak jd bdk sem 7 ni..
byk spend ms kat umah sewa..
ok..
today ak nk msk sup ayam..
n untuk esk lak ak cadang nak msk tom yam udang + ayam..
tp xtau laa kot2 xjd..haha..
pastu tuk kuih muih lak..
mula2 ak bercadang nak wat puding..
tp xjd lak..
tetibe tringin nk mkn agar2 pelangi..


agar2 yg aku akan wat petang ni..
cun n sodap... hehe

so ak bli laa pape yg berkenaan..
leh jamu bdk2 umah time berbuka nanti....
InsyALLAH..
HATI SEPUTIH AWAN

JIKA HATI SEPUTIH AWAN, JANGAN BIARKAN IA MENDUNG.

JIKA HATI SEJERNIH AIR, JANGAN BIARKAN IA KERUH.

JIKA HATI SEINDAH BULAN, HIASI IA DENGAN IMAN.